Inisiatif yang menyatukan aktivis penerbitan, kelab buku, dan peminat literasi di bawah satu bumbung. Diasaskan untuk memupuk budaya membaca dan merapatkan komuniti pembaca di Malaysia.
Kelah Buku diangkat sebagai program kebangsaan dalam Kota Baca 2026 di Dataran Merdeka, dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Persatuan Booktube Malaysia, Perbadanan Kota Buku, Perbadanan Putrajaya, dan Zonnique Creative Solutions.
Aktiviti merentas pertandingan mewarna, permainan tradisional, sesi panel, dan ruang sembang santai antara penulis dan pembaca.