Blog

Bengkel Bicara Buku, Perkampungan Digital NILAM 2026

Tiga hari mengendalikan kategori sekolah menengah di Pekan, Pahang, sempena Perkampungan Digital NILAM 2026.

12 hingga 14 Mei 2026.

Selesai Bengkel Bicara Buku sempena Perkampungan Digital NILAM 2026 anjuran PPD Pekan, Pahang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya kendalikan kategori sekolah menengah, manakala Sayidah Mu’izzah mengendalikan kategori sekolah rendah.

Tiga kategori peserta yang hadir; TVPSS, pengkarya muda dan pembicara buku dengan masing-masing dikendalikan oleh pembimbing mengikut kategori penyertaan.

Para peserta yang hadir telah disaring terlebih awal di peringkat sekolah. Maka, yang hadir terus dipertandingkan dan kami difahamkan pemenangnya akan mewakili daerah ke peringkat seterusnya.

Terima kasih kepada penganjur dan seluruh jawatankuasa yang terlibat.

Terima kasih Encik K, Puan Julia (Pengarah DBP Wilayah Tengah), Encik Affan, Encik Syazwan dan para guru yang terlibat menjayakan program kali ini.

Sampai jumpa lagi, insya-Allah.

Nota: Kulit masih ‘garing’ pasca Kelah Buku @ Kota Baca. Harapnya akan lebih okey sebelum PBAKL nanti.

bengkelnilamdbppekan

← Kembali ke Blog