Apa seterusnya?
Refleksi sempena hari lahir, dan satu soalan dari Sayidah Mu'izzah yang tak berhenti bermain di kepala.
10 Julai 2025.
Menambah satu lagi angka dalam perjalanan hidup.
Malam semalam, Sayidah Mu’izzah mengajukan pertanyaan menjelang usia baharu saya pada hari ini.
“Apa seterusnya?”
Ya, apa seterusnya? Setelah itu ini, begitu begini, apa lagi? Apa yang masih diteruskan dan apa pula yang harus dinoktahkan?
Saya bersilat dengan diri sendiri. Menangkis jawapan yang tidak-tidak, menyaring jawapan untuk mengatur langkah bertindak.
Semoga dilorongkan jalan yang baik-baik, meskipun realiti tetaplah berkelok.